PUSAT TUISYEN SISWA ( PTS) telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Taman Eng Ann, Klang. Seawal penubuhan PTS, bilangan pelajar hanyalah sekitar 40 orang namun begitu kini jumlah pelajar di PTS telah mencecah hampir 250 orang.
PTS menawarkan kursus subjek tunggal Bahasa Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah (Tahun 1 - Tingkatan 5). Kebanyakan pelajar di sekitar daerah Klang dan Shah Alam.PTS menggunakan sukatan pelajaran yang diiktiraf sepertimana di sekolah-sekolah.
Di peringkat awal penubuhan PTS, pelbagai cabaran dihadapi namun segalanya dihadapi dengan penuh yakin dan cekal. Kini, PTS telah membuktikan keupayaannya yang sebenar, banyak pelajar yang mengikuti kursus di PTS memperoleh keputusan yang sangat membanggakan. Sebilangan pelajar telah dipilih sebagai pelajar terbaik bagi subjek Bahasa Malaysia di sekolah masing-masing.
Kedudukan PTS kini adalah setanding pusat-pusat tuisyen lain yang menawarkan kursus yang sama. Harapan kami, pada tahun-tahun yang mendatang lebih banyak pelajar PTS yang akan mencapai kejayaan cemerlang di peringkat sekolah dan peperiksaan sebenar.